7-4-16 : [KENYATAAN MEDIA] 1MDB: PERCANGGAHAN MAKLUMAT OLEH 'MALAYSIAN INVESTIGATORS' PERLU SIASATAN SEGERA


Saya merujuk kepada kenyataan YBhg Datuk Seri Panglima Shahrizat Abdul Jalil, Ketua Pergerakan Wanita UMNO Malaysia di atas desakan beliau supaya pihak berkuasa mengenalpasti identiti 'Malaysia Investigators' yang telah membuat kertas siasatan palsu mengenai Perdana Menteri dan sengaja membocorkan maklumat ini kepada Wall Street Journal (WSJ) pada Julai 2015.

Pergerakan Wanita UMNO memandang serius perkara ini dan kini mendesak pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan dan tindakan segera ke atas pihak yang terbabit. Tindakan ini jelas telah mencemarkan imej dan integriti Perdana Menteri, Negara dan juga parti UMNO.

Saya juga difahamkan pada 30hb Mac 2015, pihak WSJ pula membuat laporan berbeza bahawa Perdana Menteri telah menerima wang sebanyak USD 1 billion dari Kerajaan Arab Saudi dan wang tersebut bukan dari 1MDB sepertimana yang dilaporkan pada Julai 2015.

Percanggahan maklumat ini amat mengelirukan dan kita yakin perbuatan serta tindakan 'Malaysian Investigators' ini terlibat dengan usaha untuk menjatuhkan Perdana Menteri dengan cara tidak demokratik.

ROSNI SOHAR

Datuk Rosni Sohar

No comments:

Post a Comment

Instagram