3-3-15 : Muhyiddin Kekal Ahli UMNO



Tan Sri Muhyiddin Yassin, Bekas Timbalan Perdana Menteri hari ini mengadakan sidang media mempertahankan dirinya sekaligus mengumumkan bahawa beliau akan terus kekal sebagai ahli UMNO.

Beliau digantung jawatannya sebagai Timbalan Presiden UMNO yang di umumkan semasa mesyuarat Majlis Tertinggi(MT) UMNO jumaat lalu mahu terus kekal dalam parti kerana mahu meneruskan perjuangan demi membela nasib rakyat.

Menurut Muhyiddin, tindakan yang di ambil oleh MT adalah suatu keputusan yang gopoh kerana tidak memberikan beliau peluang yang adil untuk membela diri.

“Oleh kerana itu, saya akan menghantar surat kepada Pendaftar Pertubuhan (RoS0 di bawah seksyen 16 Akta Pertubuhan 1966, supaya RoS boleh menjelaskan sama ada proses penggantungan itu sah di sisi perlembagaan,” katanya.

Muhyiddin turut menjelaskan bahawa, beliau telahpun bertanyakan pendapat sahabat-sahabat politik serta keluarga dan akhirnya mengambil keputusan untuk kekal memandangkan beliau adalah ahli UMNO semenjak tahun 1970.

“Saya percaya parti saya adalah parti yang baik. UMNO tidak bersalah dalam perkara ini,” katanya lagi.


Ketika ditanya pendapat beliau mengenai keputusan Tun Dr. Mahathir Mohamad yang mengumumkan keluar parti pada isnin lalu, Muhyiddin berkata beliau menghormati keputusan mantan presiden itu. - KSP

Cerita Cik Yah

No comments:

Post a Comment

Instagram