9-3-16 : Isteri dan Bayi Jatuh Cerun - Biro Kebajikan UMNO sampaikan sumbangan.



Rentetan peristiwa kemalangan isteri dan bayi lelakinya yang berusia enam bulan terjatuh dari cerun bukit setinggi kira-kira 20 meter selepas terbabit dalam satu kemalangan jalan raya di Jalan Bukit Permai, Taman Bukit Permai, Biro Kebajikan UMNO Malaysia menyampaikan sumbangan bagi membantu meringankan beban magsa.
Dalam kejadian kira-kira pukul 9.50 pagi itu, mangsa yang berusia 33 tahun itu dikatakan sedang menunggang motosikal bersama isterinya yang sedang mendukung bayi tersebut sebelum dipercayai terbabas dan melanggar tembok di kiri jalan berkenaan.

Akibat daripada rempuhan itu, isteri dan anak mangsa telah terpelanting dan jatuh ke cerun bukit berhampiran sebuah kawasan flat di situ.

Ketua Polis Daerah Ampang, Asisten Komisioner Hamzah Alias ketika ditemui tengah hari tadi mengesahkan kejadian tersebut dan berkata kejadian itu masih disiasat pihak polis. 

Pengerusi Biro Kebajikan UMNO Malaysia, Datuk Shamsul Anuar Nasara bersama Timbalan Pengerusi, Datuk Rosni Sohar menziarah ke rumah mangsa bagi menzahirkan rasa simpati dan menyampaikan sedikit sumbangan.

Datuk Rosni Sohar

No comments:

Post a Comment

Instagram