4-4-16 : Wanita UMNO Kecewa Mahathir dan Muhyiddin Bersengkongkol Dengan Pemimpin Pembangkang



Kota Kinabalu (4 Mac 2016) - Saya rujuk kepada Deklarasi Rakyat Tun Mahathir di mana Tun Mahathir, Tan Sri Muhyiddin dan beberapa pihak yang lain yang sekian lama musuh ketat mereka antaranya Lim Kit Siang daripada DAP, Dato' Seri Azmin Ali daripada PKR serta beberapa ahli pembangkang berkumpul petang tadi dalam cubaan untuk menjatuhkan Perdana Menteri Malaysia.

Pergerakan Wanita UMNO Malaysia dengan penuh rasa kecewa dan kesal mengecam tindakan Tun Mahathir, Tan Sri Muhyiddin dan yang lain sanggup bersekongkol dengan pemimpin pembangkang untuk menjatuhkan kepimpinan utama Negara hanya kerana dendam kesumat dan kepentingan peribadi.

Deklarasi ini membuktikan Tun Mahathir dan Tan Sri Muhyiddin telah mencabul semua prinsip yang dipegang dan diperjuangkan semasa menjadi pemimpin di dalam UMNO.

EXCO Pergerakan Wanita UMNO Malaysia yang bersidang pada malam ini bagi mewakili ahli Pergerakan Wanita UMNO seluruh Malaysia mengambil ketetapan sebulat suara memberikan sokongan penuh dan tidak berbelah bagi kepada YAB Datuk Seri Najib Tun Haji Abdul Razak, Perdana Menteri merangkap Presiden UMNO Malaysia yang dipilih secara demokrasi untuk terus mentadbir dan memimpin Negara serta UMNO.

Wanita UMNO meminta Datuk Seri Najib untuk terus memberi perhatian beliau kepada agenda pembangunan Negara dan kesejahteraan rakyat.

Biarlah rakyat Malaysia menentukan siapa yang akan dipilih meneraju Negara sekali lagi pada PRU-14 yang akan datang dan bukan segelintir bekas pemimpin yang mempunyai agenda tersendiri.

Datuk Seri Panglima Shahrizat Abdul Jalil,
Ketua Pergerakan Wanita UMNO Malaysia

Datuk Rosni Sohar

No comments:

Post a Comment

Instagram