23-3-16 : Sumbangan buku sifiria percuma kepada pelajar tahap dua DUN Selangor


ADUN Hulu Bernam, Datuk hajah Rosni Sohar menyumbangkan buku Sifiria kepada anak-anak pelajar sekolah tahap dua di seluruh DUN Hulu Selangor.

Niat beliau agar dapat membantu pelajar menjadi pelajar yang cemerlang Matematik dalam peperiksaan UPSR nanti.
Kelab Belia Sentosa (BEST), di bawah Biro Pendidikan mengambil inisiatif membawa satu produk pendidikan yang fokus kepada subjek matematik.

BEST dengan kerjasama Care Learning telah merangka Bengkel Sifir bagi memudahkan murid-murid sekolah rendah (sahaja) menguasai sifir 0-15 dengan mudah tanpa menghafal.

BEST sebagai pelaksana telah mendapat galakan padu Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Hulu Selangor untuk mengadakan bengkel sifir di semua 52 Sekolah Rendah di seluruh Daerah Hulu Selangor.

Datuk Rosni Sohar

No comments:

Post a Comment

Instagram